10 Sebab Doa Tidak Diterima Oleh Allah

Advertisement
10 Sebab Doa Tidak Diterima Oleh Allah


FIQH AKTUAL | Ketika Ibrahim Bin Adham, seorang ahli sufi berada ditengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai.

Antara mereka ada yang bertanya, “Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?

Ibrahim menjawab, “Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara.”

  • Doa dari mereka yang mengaku mengenali Allah, akan tetapi tidak melakukan segala suruhan-Nya 
  • Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunnahnya
  • Sering membaca Al-Qur’an, tetapi tidak menjadikan Al-Qur’an sebagai panduan hidup
  • Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
  • Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya
  • Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga
  • Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri dari masuk ke dalamnya
  • Mengakui mati itu pasti kepada semua makhluk, tetapi tidak cuba untuk menjauhkan diri dari masuk ke dalamnya
  • Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan keaiban sendiri
  • Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka

Semoga bermanfaat



Amin ya robbal alamin

Sumber: islamituindah.com.my